26 Feb 2016, 00:37
Walaupun dibelenggu masalah kecederaan, juara Piala Dunia Bastian Schweinsteiger tidak bimbang terlepas EURO 2016 di Perancis, yang akan berlangsung dari 10 Jun - 10 julai.
"Dengan mengandaikan Kejohanan Eropah itu tidak tiba-tiba dianjakkan ke Mac, keadaan semakin baik bagi saya," ketua pasukan Jerman itu berseloroh ketika ditemubual oleh akhbar Jerman, Bild. Beliau menambah bahawa beliau langsung tidak memikirkan kemungkinan untuk beliau terlepas dari beraksi.
Pemain tengah Manchester United itu mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan Piala FA pada bulan Januari, dan proses pemulihannya berjalan mengikut pelan: "Ia mengambil masa tetapi ia berjalan baik dan saya tahu kemampuan badan saya.."
Schweiny juga dilaporkan telah menemui bekas doktor pasukan FC Bayern, Dr Hans-Wilhelm Müller-Wohlfahrt yang meninggalkan jawatannya disebabkan konflik dengan Pep Guardiola. Bastian telah bekerja dengan Müller-Wohlfahrt sepanjang kerjayanya dan tidak hairan lah untuk mendapatkan nasihatnya selain doktor skuad Man United.
Dia masih tidak cukup bersedia untuk kembali ke padang. "Saya akan dapat kembali berlari dalam tempoh lima hari atau lebih dan saya akan dapat mula bermain dengan bola kira-kira lima hari selepas itu," kata pemain berusia 31 tahun itu.
"Saya jangka akan pulih sepenuhnya lagi pada bulan Mac." Schweinsteiger tidak berapa pasti sama ada dia masih sesuai untuk pasukan kebangsaan: "Saya telah bermain 27 perlawanan kompetitif musim ini walaupun penggantungan dan kecederaan. Ia boleh menjadi lebih baik, tetapi perkara seperti ini sukar dijangka."