28 Feb 2016, 01:03
Perlawanan derby Madrid ini menawarkan kedua-dua Real Madrid dan Atletico Madrid peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu La Liga Barcelona.
Selepas separuh pertama yang sedikit hambar, pertembungan menjadi hidup dalam separuh masa ke-2.
Atletico banyak menghabiskan masa separuh masa pertama bertahan di kawasan sendiri, tetapi mereka secara beransur-ansur membuka peluang demi peluang di separuh ke-2, dan mendahului Real Madrid menerusi Antoine Griezmann.
Penyerang Perancis itu menerima hantaran sempurna daripada bekas pemain Chelsea Filipe Luis, dan melakukan sepakan rendah terus ke sudut bawah, Keylor Navas langsung tidak mempunyai peluang di gawang Madrid.
Dan gol Griezmann itu ternyata menjadi gol kemenangan, membawa pasukannya menghampiri Barca dengan hanya lima mata dan meninggalkan skuad Zinedine Zidane sembilan mata di belakang pendahulu liga, Barcelona yang akan bermain esok.
Trop contente que Griezmann est marqué! Super action en plus! #RMAATM pic.twitter.com/qQa0bZnJI5— K (@GRIZ0U) February 27, 2016
No comments:
Post a Comment