FC Bayern mempunyai satu lagi peluang untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah dengan melayan kunjungan Atletico Madrid 2:45 pagi esok. Siaran langsung di Astro 816 dan 834. FC Bayern yang ketinggalan agregat 0-1 memiliki kelebihan sekiranya mampu mengekalkan prestasi sama di Allianz Arena sepanjang musim ini dan juga musim lepas.
Bavarians telah menang kesemua 11 perlawanan home terakhir mereka. Antara yang ditewaskan adalah Juventus, Arsenal, AS Roma dan Man City. Untuk mara ke final, Bayern perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 dan tidak membenarkan Torres, Griezman mahupun siapa saja melepasi Neuer jika ingin mempunyai peluang yang tinggi untuk ke Milan.
Kehebatan Bayern di Allianz Arena terbukti apabila hanya dibolosi sebanyak 3 kali dan menjaringkan 19 gol dalam 5 perlawanan home musim ini. Berbanding prestasi away pasukan pelawat yang juga hanya dibolosi 3 kali, mereka hanya mampu menjaringkan 5 gol di tempat lawan dalam 5 perlawanan.
Berdasarkan rekod ini, FC Bayern mempunyai peluang cerah jika menurunkan skuad yang aggressif dalam corak menyerang. Berikut adalah barisan pemain yang saya jangka bakal diturunkan:
Namun, taktikal Pep sukar diramal. Boateng ada kemungkinan menjadi skuad pertama nanti seperti Sabtu lepas walaupun diganti di separuh masa kedua. Sekiranya Ribery tidak diturunkan di awal permainan, Thiago mungkin menjadi pilihan untuk menguatkan di bahagian tengah. Muller dan Lewy wajib digabungkan di bahagian serangan untuk mengasah serangan. Telah terbukti di Madrid dan ketika seri 1-1 bertemu Monchengladbach, FC Bayern gagal mencari gol yang cukup.
Saya jangka FC Bayern akan menewaskan Atletico Madrid yang degil dengan jaringan 2-0.
Bagaimana pula pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen di bawah atau di laman Facebook kami.
Kelab Penyokong FC Bayern di Malaysia bakal menganjurkan gathering menonton perlawanan ini. Jom!
No comments:
Post a Comment