Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/16/2015 05:59:00 AM

Perlukah Pep Guardiola Disingkirkan?

16 Mei 2015

Pep Guardiola satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat bola sepak. Secara jujurnya, kali pertama saya tersedar dengan kewujudan Pep dalam dunia bola sepak adalah ketika beliau memegang jawatan sebagai pengurus pasukan utama Barcelona. 



Pada mulanya beliau memulakan kerjaya pengurus pasukan untuk Barcelona B pada 2007 dan kemudiannya dibawa naik ke Barcelona A (utama) bermula dari 2008 sehingga 2012. Sepanjang tempoh ini, beliau telah membawa pasukannya merangkul 15 trofi termasuk 2 kali juara Liga Juara-juara Eropah.

FC Bayern Munich telah melalui musim paling berjaya dalam sejarah kelab gergasi Jerman itu pada musim 2012-2013 dengan memenangi treble; Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-juara Eropah. Bayern ketika itu dibawah kendalian Jupp Heynckess. Heynckess sudah 3 kali menjadi pengurus Bayern yang bermula pada 1987 sehingga 1991 dan kemudiannya dilantik semula pada 28 April sehingga 30 Jun 2009. Akhir sekali, beliau menamatkan kerjayanya sebagai pengurus pada tahun 2013 selepas 2 tahun berada di Munich dengan cemerlang.

Ketika Heynckess meninggalkan FC Bayern, pasukan ini berada di atas puncak kegemilangan. Status sebagai Juara Eropah dan Juara Jerman meletakkan pasukan ini sebagai pasukan paling digeruni ketika itu. Oleh itu, FC Bayern memerlukan pengganti Heynckess yang mampu menggalas tugas mengekalkan status Juara.

Pada 16 Januari 2013, telah diumumkan bahawa Guardiola akan mengambil alih sebagai pengurus Bayern Munich setelah berakhirnya musim 2012-13 menggantikan Jupp Heynckess yang akan bersara. Perlawanan rasmi pertamanya adalah Piala Super Jerman menentang Borussia Dortmund dengan Bayern tewas 4-2.

Trofi pertama yang dirangkulnya bersama Bayern adalah Piala Super UEFA 2013, mengalahkan musuh lama José Mourinho, yang baru menjadi jurulatih Chelsea semula.

Pada bulan Disember 2013, Guardiola memenangi buat kali ketiga Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Raja Casablanca di Maghribi.

Pada 25 Mac 2014, beliau menerajui Bayern untuk memenangi Kejuaraan Bundesliga ke-23 mereka dengan mengalahkan Hertha BSC 3-1 di Stadium Olimpik di Berlin. Dengan tujuh baki perlawanan musim itu, kemenangan itu merupakan rekod Kejuaraan Bundesliga paling cepat berjaya dicapai dalam satu-satu musim, memecahkan rekod Heynckes pada musim sebelumnya. 


Pep Guardiola adalah jurulatih Sepanyol pertama yang memenangi Bundesliga


Guardiola juga memecahkan rekod Karl-Heinz Feldkamp untuk jumlah perlawanan Bundesliga berturut-turut tanpa kalah. Feldkamp tidak ditewaskan di dalam 14 perlawanan pertamanya bersama Kaiserslautern pada musim 1978-1979. Rekod Guardiola ini berakhir dengan jumlah 28 perlawanan apabila FC Augsburg menewaskan Bayern 1-0 pada Matchday 29. Kekalahan ini juga mengakhiri rekod Bayern dengan 53 perlawanan berturut-turut tanpa kalah dalam semua kejohanan.

Musim lepas, Bayern bertemu Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara. Bayern tewas perlawanan pertama 1-0 dan perlawanan kedua 4-0. 

Selepas perlawanan pertama, Guardiola telah dikritik kerana taktik beliau. Bagaimanapun, beliau mempertahankan strateginya. Kekalahan 1-0 di Stadium Santiago Bernabéu itu merupakan kekalahan pertamanya di sana di mana 7 perlawanan sebelum itu ketika bersama Barcelona mencatatkan rekod bersih. Walau bagaimanapun, Philipp Lahm menegaskan "ia adalah satu kegagalan kolektif dan bukan salah jurulatih Guardiola." 

Pep Guardiola menamatkan musim 2013-14 dengan memenangi DFB-Pokal 2-0 dalam masa tambahan.

Bermulanya musim 2014-15, Bayern tewas 2-0 kepada Dortmund dalam Piala Super Jerman.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Bayern menewaskan Roma 7-1 dan merupakan kemenangan terbesar Bayern di tempat lawan dalam sejarah Liga Juara-Juara. Kekalahan Bundesliga pertama Bayern musim ini datang ketika tewas 4-1 kepada VfL Wolfsburg.

Pada 11 Mac 2015, Bayern menewaskan Shakhtar Donetsk 7-0, kemenangan terbesar dalam sejarah Bayern dalam Liga Juara-Juara.

Bayern juga mengalahkan Leverkusen dalam penentuan sepakan penalti peringkat suku akhir DFB-Pokal (Piala Jerman) tetapi tewas kepada Dortmund dalam perlawanan separuh akhir, juga dalam penentuan sepakan penalti pada 28 April yang lepas. 

Dalam perlawanan ke-100 Pep sebagai ketua jurulatih, Bayern membenam Porto 6-1 di Allianz Arena setelah tewas 3-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

Pada minggu lepas, dalam perlawanan kompetitif pertamanya bertemu Barcelona, Bayern tewas 3-0 di Camp Nou untuk perlawanan pertama separuh akhir UCL. Namun Bayern bangkit dengan kemenangan 3-2 di Allianz Arena Rabu lepas tapi tewas dalam keputusan agregat 5-3. Apa yang saya lihat dari kedua-dua perlawanan ini, adalah kesilapan Pep dalam mengatur bahagian pertahanan Bayern yang begitu longgar menggunakan perangkap ofsaid yang gagal.

Berkenaan hubungan Pep Guardiola bersama pemain-pemain Bayern, Mario Gomez telah dijual ke Fiorentina dan Mario Mandzukic ke Athletico Madrid. Bagi saya, kedua-dua pemain ini adalah pemain penting Bayern dan telah terbukti dalam musim 2012-13. Toni Kroos juga dilepaskan ke Real Madrid.

Pada awal tahun ini, pemain sayap Xherdan Shaqiri juga berpindah ke Inter Milan. Di penghujung musim ini, Bayern telah dibelenggu dengan kecederaan terutamanya dua pemain penting Robben dan Ribery. Bayern ketandusan pemain sayap.

Pep telah membawa masuk Lewandowski, Thiago, Bernat, Alonso, Benatia dan memperkenalkan pemain muda Jerman Gianluca Gaudino. Saya perhatikan, ok juga permainan Gaudino ni.

Untuk statistik kemenangan Pep bersama FC Bayern, saya akan membandingkan beliau dengan 3 bekas pengurus Bayern iaitu Jupp Heynckess, Jurgen Klinsmann dan Louis van Gaal. Sila rujuk jadual berikut:

Catatan sehingga 15 Mei 2015


Secara keseluruhannya, saya masih percaya dengan kemampuan Pep Guardiola untuk membawa FC Bayern Munich ke prestasi yang terbaik bermula musim hadapan. Kontrak beliau bersama Bayern akan tamat setelah berakhirnya musim hadapan, 2015-16. Kelebihan beliau adalah hubungan luas dengan pemain-pemain ternama dan kebolehan beliau mencungkil bakat baru seperti Bernat, Thiago dan Guandino. Ini akan memberikan FC Bayern satu kelebihan untuk jangka masa yang panjang. Dan rekod beliau di Munich juga tidaklah seteruk yang disangka dalam tempoh dua tahun ini.

Sebahagian penyokong FC Bayern kebelakangan ini terkesan oleh beberapa kekalahan penting dan berpendapat Pep harus mengundur diri. Cuba ingat balik ketika Bayern beraksi di pentas akhir UCL 2012, Bayern telah ditewaskan oleh Chelsea di Allianz Arena melalui penentuan sepakan penalti. Itu adalah pengalaman paling pahit pernah saya alami sejak menjadi penyokong FC Bayern. Setahun kemudian, Bayern juara treble, pengalaman paling manis pula. Dan ingat, Bayern hanya pernah sekali menjulang treble dalam tempoh 115 tahun.

Bola sepak ni ada pasang surut. Teruskan menyokong FC Bayern Munich di sini.

Mia san mia.

5/13/2015 06:15:00 AM

Kebangkitan FC Bayern Munich Tidak Mampu Membawa Ke Berlin

13 Mei 2015

Kemenangan 3-2 ke atas Barca di hadapan 70 000 penyokong sendiri tidak cukup untuk membawa pasukan gergasi Jerman ini berkunjung ke Berlin 6 Jun nanti. 



Pep Guardiola mengekalkan skuad sama seperti pertemuan minggu lepas. Perlawanan dibuka dengan aksi pantas kedua-dua pihak. Bayern memperolehi gol pertama melalui tandukan Mehdi Benatia selepas 7 minit berlalu namun dibalas 8 minit kemudian oleh Neymar. Selepas Messi, giliran Suarez pula untuk membantu Neymar menjaringkan gol ke-2 Catalans di minit ke-29

Pertahanan Bayern nampak begitu longgar kerana taktik perangkap ofsaid berjaya dilepasi oleh bahagian serangan Barca. Pep Guardiola masih belum belajar dari pengajaran minggu lepas di mana pertahanan Bayern yang naik ke atas untuk membuat perangkap ofsaid untuk Neymar dan Suarez tidak berjaya.

Jika dibandingkan dengan perlawanan dua tahun lepas yang menyaksikan Bayern berjaya mengekang serangan Barca, pertahanan Bayern ketika itu turut dibantu oleh seluruh pasukan. Perlawanan kali ini hanya melihat Boateng dan Benatia menjadi mangsa taktikal. Walaupun keberkesanannya dapat dilihat dalam banyak perlawanan sebelum ini, nyata ia tidak akan memberi kesan kepada pasukan yang memiliki penyerang pantas seperti Barcelona.

Bayern banyak melakukan cubaan merbahaya ke gawang lawan. Tandukan Schweinsteiger dan Muller, sepakan Lewandowski berjaya digagalkan oleh penjaga gol muda Jerman, Ter Stegen.

Serangan Barcelona menjadi tumpul di separuh masa kedua dengan Suarez dikeluarkan. Ini membuka peluang kepada Bayern mengatur serangan dengan lebih teratur. Bayern mula memanfaatkan Bernat dan Rafinha untuk membantu serangan dari tepi.




Lewandowski berjaya memperdaya pertahanan Barca dan melepaskan sepakan ke sebelah kanan gawang dari garisan kotak penalti. Gol kedua itu dihasilkan di minit 59. Muller pula meletakkan Bayern di hadapan di minit 74. Schweinsteiger bijak menyediakan bola untuk Muller melepaskan tendangan dari luar kotak penalti.

Memang kita dapat melihat kesungguhan pasukan untuk bangkit sehingga wisel penamat. Ternyata janji Muller untuk mempamerkan aksi terbaik telah terlaksana. Muller bersama Schweinsteiger menjadi penggerak serangan.

Muller kadang-kadang bertukar posisi ke sebelah kiri untuk menyediakan hantaran ke depan pintu gol. Schweinsteiger pula melebihi peranannya sebagai pemain tengah dan membantu bahagian serangan. Dan seluruh pasukan sebenarnya sudah bertungkus lumus.

Pada pandangan saya, kekalahan ini berpunca dari kesilapan taktikal yang sering membenarkan Suarez dan Neymar membuat larian pantas dan menjaringkan gol. Pasukan tidak bersatu dalam mempertahankan gawang dan menjadikan Boateng dan Benatia mangsa kehebatan trio Barca. 4 gol yang dihasilkan Barca berpunca daripada kelemahan ini.

Serangan Bayern walaupun tanpa Ribery dan Robben sudah mampu untuk meranapkan pertahanan Barcelona. Dalam perlawanan tadi, Bayern melancarkan 20 cubaan berbanding Barca 5. Kecekapan Ter Stegen nyata banyak membantu mereka. Saya yakin dia akan mempunyai peluang cerah bersama pasukan kebangsaan Jerman.

Bayern memiliki 53 % possession bola, 5 sepakan sudut, 8 cubaan tepat dan menyempurnakan 503 hantaran berbanding Barcelona, 401. Pemain terbaik perlawanan adalah Thomas Muller.

Pemain Terbaik Perlawanan
Kemenangan Bayern ini telah menamatkan kemarau gol dan kemenangan dalam 4 perlawanan sebelum ini. Dan rekod Barcelona 18 perlawanan berturut-turut tanpa kalah telah dimusnahkan. Rekod Bayern yang sebelum ini belum pernah dikalahkan oleh Barcelona di Munich kekal.

 Apa yang perlu Bayern lakukan selepas ini adalah menambah skuad dengan pemain-pemain sayap yang mampu menggantikan Robben dan Ribery. Pep juga perlu menilai kembali strateginya apabila bertemu pasukan hebat seperti Barcelona.

Pasukan ini akan bangkit dengan lebih kuat di musim hadapan


Kelebihan Bayern adalah perpaduan dan keserasian mereka di atas padang bersama. Saya sangat yakin Bayern mampu bangkit semula untuk terus mengungguli bola sepak Eropah di musim hadapan.

5/11/2015 08:03:00 PM

Prebiu: FC Bayern Munich lwn Barcelona. Bolehkah Bayern Bangkit Dengan Perlawanan Abad Ini?

Selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Augsburg pada hari Sabtu, Bayern Munich mesti "bertenang" menjelang perlawanan menentang Barcelona, ​​kata Pep Guardiola. Beliau percaya keletihan dari kekalahan Khamis lepas adalah sebab utama persembahan tidak bermaya Bayern menentang Augsburg.

"Oleh kerana kecederaan, kita tidak mempunyai ramai pemain untuk bermain di bahagian sayap, jadi full-backs kami harus menyerang, dengan ini membuka ruang untuk risiko serangan counterPada masa ini, tanpa pemain seperti [Arjen] Robben dan [Franck] Ribery, maka full-backs menggantikan peranan mereka, dan Augsburg mendapat gol kerana itu."

Thomas Muller: "Selagi pengadil belum meniup wisel penamat, kami masih ada peluang."


Ketua eksekutif Bayern Rummenigge berharap kelabnya boleh mencapai apa yang dianggapnya satu tugas yang mustahil di Allianz Arena Rabu ini.

"Ia akan menjadi sangat sukar," kata beliau. "Barcelona adalah pasukan pilihan dan selepas permainan minggu lepas status itu meningkat. Tetapi masih, ia adalah tanggungjawab Bayern Munich untuk memberikan persembahan terbaik mereka nanti. Kita akan lihat jika ia cukup. Peluang kami adalah sangat, sangat tipis, tetapi dalam bola sepak sentiasa ada satu perlawanan yang akan menjadi perlawanan terbaik sepanjang abad itu. Ia jarang berlaku, sekurang-kurangnya kita mencuba."

Xabi Alonso pernah menjadi saksi keajaiban ini. Ia berlaku dalam perlawanan akhir UCL 2004/05 di Istanbul. Dia telah menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya ketika itu, Liverpool yang ketinggalan 3-0 kepada AC Milan di separuh masa pertama. Alonso akhirnya memenangi perlawanan itu dengan penentuan sepakan penalti.

Walaupun ia  kejayaan pasukan lain, Bayern diharap mampu mengulangi kejayaan 2013 dengan menewaskan Barcelona 4-0 di Allianz Arena. Tetapi dengan kehadiran Messi, Suarez dan Neymar ia akan bertambah sukar. Bayern kali ini memerlukan 4-0 atau sekurang-kurangnya 5-1 untuk mara ke perlawanan akhir di Berlin pada 6 Jun nanti.

Barcelona kini mencari kemenangan pertama mereka di Munich, di mana Bayern memenangi semua lima perlawanan di Allianz Arena sepanjang musim ini. Bayern telah mengalami sedikit kesukaran dalam perlawanan pertama Round of 16 dan suku akhir dengan seri 0-0 di Shaktar Donetsk dan kalah 3-1 di Porto namun bangkit dalam perlawanan kedua dengan kemenangan 7-0 dan 6-1.

Saya sentiasa berfikiran positif untuk perlawanan ini dan mengharapkan kemenangan 4-0 Bayern ke atas Barcelona.

Mia San Mia

5/10/2015 03:53:00 AM

Bayern Kalah, Dortmund & Gladbach Menghidupkan Harapan ke Eropah


Bayern Munich mengalami kekalahan 1-0 yang tidak dijangka di tempat sendiri kepada Augsburg semalam.


Raul Bobadilla menjaringkan gol tunggal perlawanan dan Augsburg memanfaatkan kelebihan mereka memiliki pemain ekstra sejak minit ke-15, apabila Pepe Reina dibuang padang.

Pasukan kendalian Markus Weinzierl itu juga terlepas penalti, tetapi pulang dari Allianz Arena dengan tiga mata. Augsburg melonjak ke tempat kelima dalam carta Bundesliga dengan berbaki dua perlawanan musim ini lantas menghidupkan harapan Liga Europa mereka.

Kali terakhir Bayern kalah 4 kali berturut-turut adalah pada Oktober 1991. Kita sangat-sangat mengharap kemenangan Bayern di Allianz Arena Rabu ini untuk mengelakkan kekalahan ke-5 bagi mengelak dari mengulangi rekod sama pada tahun 1977. Bayern juga gagal menjaringkan gol dalam 360 minit terakhir, kemarau gol paling lama dalam tempoh 17 tahun.







Bayern kini akan menumpukan segala usaha mereka cuba untuk mengubah defisit tiga gol menentang Barcelona pada perlawanan kedua Liga Juara separuh akhir pada Rabu nanti. Bayern memerlukan kemenangan 4-0 atau sekurang-kurang 5-1.

Borussia Dortmund terus memburu tempat dalam Liga Europa terima kasih kepada kemenangan 2-0 ke atas Hertha Berlin.

Borussia Monchengladbach boleh mula merancang untuk Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan pesaing tempatan Bayer Leverkusen 3-0 untuk mengukuhkan tempat mereka dalam kalangan tiga terbaik liga.

5/09/2015 06:46:00 PM

Prebiu: FC Bayern lwn Augsburg, Pencapaian Musim Ini

9 Mei 2015

Selepas mengalami kekalahan 3:0 kekalahan di Barcelona , FC Bayern Munich akan menerima kunjungan jiran FC Augsburg ke Allianz Arena malam ini. Penggiliran  akan dibuat untuk merehatkan pemain-pemain penting menjelang perlawanan minggu hadapan.

"Kami akan membuat putaran skuad Bayern untuk perlawanan menentang Augsburg. Tumpuan kami adalah pada hari Selasa, "kata Guardiola dalam sidang akhbar pra-perlawanan kelmarin.

Walaupun tidak bermain di Camp Nou, Javi Martínez mungkin akan beraksi selama 90 minit bersama Dante di pertahanan tengah. Pemain-pemain muda Mitchell Weiser dan Sinan Kurt ditetapkan sebagai pemain tengah. Rico Strieder, yang membuat penampilan pertama Bundesliga menentang Leverkusen minggu lepas, juga tidak terlepas dari igauan hantu kecederaan dan tidak tersenarai dalam skuad.

Bayern terus diselubungi oleh misteri hantu yang menyebabkan banyak kecederaan.

Veteran Peru, Claudio Pizarro akan mengetuai di hadapan bersama Gotze bagi menggantikan Robert Lewandowski yang cedera.



Kebelakangan ini, Gotze telah dituduh tidak bermain dengan bersungguh-sungguh. Pep Guardiola berkata, 

"Götze tidak bersalah. Beliau memiliki bakat yang luar biasa dengan masa depan yang cerah. Götze adalah pemain profesional yang terbaik yang pernah saya temui. Dia telah melalui musim yang hebat, satu perlawanan 10 minit tidak akan mengubahnya."




Manuel Neuer yang beraksi cemerlang selama 77 minit Khamis lepas, juga mungkin akan direhatkan digantikan oleh Pepe Reina. Neuer hanya memerlukan satu clean sheet lagi untuk memecahkan rekod Oliver Kahn yang memiliki 19 clean sheet untuk satu musim Bundesliga.

Manakala pasukan Bayern keseluruhan musim ini turut sama memerlukan 1 clean sheet untuk memecahkan rekod mereka sendiri musim lepas dengan 21 perlawanan tanpa dibolosi.

Bayern juga mungkin akan memecahkan satu lagi rekod sendiri pada musim 2012/13 untuk jumlah gol paling kurang dibolosi dengan 18 gol. Musim ini, FC Bayern hanya bolos sebanyak 16 gol setakat ini dengan 3 baki perlawanan Bundesliga menentang FC Augsburg, SC Freiburg dan Mainz.

Penghujung musim FC Bayern boleh berakhir dengan dua cara. Sama ada kita pulun habis, buat sehabis baik untuk baki 3 perlawanan ini. Atau memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan untuk menonjolkan bakat mereka dan berkemungkinan akan terlepas pungutan mata Liga.

Jika pilihan pertama, ada kemungkina rekod-rekod ini berjaya dipecahkan.

5/08/2015 06:15:00 PM

Cerita di Sebalik Gambar Muller Bertengkar Seketika Dengan Guardiola



8 Mei 2015




Banyak persoalan timbul di fikiran penyokong-penyokong Bayern hanya dengan kemunculan gambar seperti ini. Apa tidaknya, pemain kesukaan ramai Thomas Muller kelihatan bertengkar dengan ketua jurulatih Pep Guardiola yang sudah merangkul 5 trofi dalam masa dua tahun. Apa yang terjadi sebenarnya? Sudah tentu kita mampu menekanya.

Kita imbas kembali apa yang terjadi di saat itu pada malam yang sungguh mengecewakan.

Taktik Bayern walaupun berisiko tapi nampak berkesan sehingga mampu menyekat serangan trio hebat Barca MSN (Messi, Suarez & Neymar) dalam tempoh hampir 80 minit. Namun, Messi akhirnya menggunakan peluang yang terhidang dengan sebaik-baiknya akibat kecuaian Juan Bernat melepaskan bola di kawasan bahaya.

Selepas gol pertama Barcelona di minit 77, Pep mengambil keputusan untuk menggantikan Muller dengan Gotze dengan harapan Bayern akan memperolehi sentuhan penting daripada hero Piala Dunia ini. Sebaliknya, gol ke-2 bolos seminit kemudian.

Pada pandangan saya, Thomas Muller adalah pemain yang bersungguh-sungguh dalam perlawanan tersebut. Dialah yang menghidupkan serangan Bayern dengan melakukan hantaran berbahaya ke kawasan Barcelona untuk disudahkan. 

Guardiola adalah jurulatih hebat tetapi beberapa keputusannya kadang-kadang di luar jangkaan, terutamanya kejadian ini. Thomas Muller merupakan pemain yang mampu menjaringkan gol dalam minit-minit terakhir.

Mario Götze memang  seorang pemain yang berbakat besar tetapi bukan jenis yang berjuang sehingga titisan yang terakhir. Ramai seperti kita penyokong-penyokong sukar memahami keputusan Guardiaola iniBayern mahu Pep melanjutkan kontraknya tetapi ia adalah sukar kerana dia tidak suka dikritik berlebihan.

Disebabkan kecewa kerana usahanya tidak dihargai oleh Pep dengan mengeluarkannya, dia bertengkar seketika dengan jurulatih tersebut sebelum duduk di bangku simpanan. 

Menurut laman berita Jerman Bild, seorang pembaca bibir pekak, Julia Probst telah menterjemahkan kata-kata Muller seperti berikut:

"Kann diese Scheiße aufhören?"
Can this shit stop?


Jadi Muller tidak puas hati dengan apa? Mungkinkah dia rindu dengan taktik Bayern sebelum ini yang lebih mengutamakan serangan demi serangan berbanding possession? Atau kecewa dengan prestasinya pada malam itu? Kecewa kerana dia dikeluarkan sedangkan dia boleh memberi sumbangan lagi? Mungkin semuanya?

Walau bagaimanapun, Thomas Muller tidak boleh menyalahkan sesiapa. Bayern sudah diketahui dibelenggu kecederaan. Bayern ketiadaan pemain-pemain sayap sejak kehilangan Ribery dan Robben. Shaqiri pun sudah meninggalkan kelab. Alaba yang selalu melakukan hantaran merbahaya ke kotak penalti lawan juga sangat dirasai kehilangannya. Jadi kita tidak boleh mengharap serangan Bayern akan menjadi mantap dan sempurna. 

Malam tu, Bayern hanya memiliki 13 pemain yang boleh bermain dalam perlawanan bertahap tinggi itu. Mereka telah bermain selang 3 hari sejak dua minggu yang lepas untuk saingan Bundesliga dan Piala Jerman. Sudah tentu memenatkan. Jadi Pep kekurangan pilihan.

Mengapa begitu ramai pemain cedera? Adakah ia mempunyai kaitan dengan doktor? Atau adakah ia berpunca dari latihan? Pihak pengurusan Bayern pasti akan melakukan penelitian terhadap isu ini dengan segera.

Saya anggap hubungan Pep dan Muller seperti carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Biasalah kekecewaan dan tekanan akan menguasai fikiran dengan kekalahan Bayern tiga kali berturut-turut. Kekalahan ini telah mengajar saya untuk bersabar. Rakan-rakan saya ramai yang mempersendakan Bayern dengan kekalahan ini. :)

Kita sebagai penyokong harus bersedia untuk terus menyokong pasukan kita. Saksikan perlawanan kedua awal pagi Rabu depan.

Separuh Akhir Kedua
FC Bayern Munich lwn Barcelona
Rabu, 13 Mei, 2:45 PG
Allianz Arena



Langsung di Astro 816/834 HD

Mia San Mia





5/07/2015 09:35:00 PM

Penilaian Setiap Pemain Bayern Dalam Perlawanan lwn Barcelona

5/07/2015 06:11:00 AM

Punca Strategi Teratur Guardiola Musnah Dalam 15 Minit

7 Mei 2015

"Tentulah kita kalah, kita kan lawan Barcelona, ". Ini adalah bukan alasan kenapa FC Bayern boleh kalah di Camp Nou pagi tadi. Sebaliknya, secara keseluruhan taktik permainan Bayern hampir berjaya. Bayern sudah menandingi kehebatan Barca dalam 85% perlawanan tersebut sehinggalah 15 minit baki terakhir perlawanan. 

Guardiola sudah menunjukkan kebijaksanaanya dalam merangka permainan di awal perlawanan apabila beliau meletakkan Rafinha di posisi pertahanan kiri. Ketika ini, Rafinha bermain seperti pertahanan tengah bersama Boateng dan Benatia. Lahm pula bermain sebagai pemain tengah di sebelah kiri sekali-sekala membantu bahagian bawah. Tujuannya adalah untuk menghalang gol awal Barcelona. Tuan rumah sudah tentu memerlukan gol awal untuk menghilangkan tekanan kepada mereka. 

The Catalans mempunyai permulaan yang lebih baik dengan sepakan rendah Luis Suarez di minit ke-12 dihalang cekap oleh Manuel Neuer dengan kaki kanan. Cubaan jarak dekat Neymar 3 minit selepas itu juga berjaya dihalang oleh Rafinha.



Bayern bertindak balas di minit 18 melalui Thomas Müller dengan hantaran rendah untuk Robert Lewandowski tapi tidak berjaya disambar dengan sempurna. Ternyata percaturan ini berkesan dalam tempoh 19 minit perlawanan. 

Selepas itu, FC Bayern mula mengatur untuk menguasai permainan dan Rafinha dan Bernat menukar posisi mereka. Rafinha kembali sebagai pertahan kanan dan Bernat di sebelah kiri. Perubahan ini memberikan Bayern lebih kawalan bola, tetapi rentak permainan masih dikawal Barca.

Namun, pemain-pemain Bayern berjaya melakukan banyak tackle penting dan perangkap ofsaid yang berkesan. Namun ada beberapa hantaran pantas Barca terlepas namun akhirnya berjaya dihalang Neuer. Bayern tidak membenarkan pemain-pemain Barca berlegar-legar di kawasan penalti dengan dua ke tiga pemain melakukan asakan dan tekanan untuk merampas bola. Neuer sibuk menghalang cubaan-cubaan oleh MSN yang akhirnya berjaya di minit 77.

(Lluis Gene/Getty Images)


Kesilapan Bernat melepaskan bola berdekatan kawasan penalti Bayern sedangkan ketika itu masih ada 5 pemain Barca berhampiran. Bola berjaya dirampas Barca dan membuka ruang kepada Messi menerima hantaran dan melepaskan sepakan bawah ke penjuru kiri Neuer.

Barcelona 3 - 0 FC Bayern Munich

Tiga minit kemudian, dia sekali lagi menerima hantaran Dani Alves dan meninggalkan Jerome Boateng tersandung ke tanah menyembah bumi. Dan gol ke-2 terhasil melalui chipping melepasi atas kepala Neuer. Suarez sepatutnya menjadikannya 3-0 selepas menerima hantaran kemas Neymar tapi tersasar tinggi di atas palang. Neymar akhirnya menyempurnakan kemenangan Barca melalui hantaran Messi di masa kecederaan.

15 minit terakhir ini menyaksikan pemain-pemain Bayern lalai dan seolah-olah sudah lupa dengan percaturan mantap sebelum itu. Bayern nampak tergesa-gesa mencari gol penyamaan lantas meninggalkan pertahanan longgar. Pertahanan gagal membuat perangkap ofsaid.

Kelemahan Bayern dalam perlawanan ini adalah bahagian serangan yang gagal melakukan serangan pantas sebaliknya melakukan hantaran-hantaran yang akhirnya membenarkan Barca kembali bertahan. Ketiadaan pemain sayap menjadikan sukar untuk membantu Lewandowski di hadapan. 

Bayern memiliki 53% possession tetapi hanya melakukan 8 cubaan berbanding 17 oleh Barcelona. Bayern gagal melakukan sebarang sepakan tepat ke arah pintu gol. Namun, ada beberapa pemain yang boleh dipuji khususnya Schweinsteiger yang menjadi penggerak serangan Bayern dan Neuer yang banyak kali menyelamatkan gawang.

Walau bagaimanapun, Bayern masih ada peluang untuk bangkit dalam perlawanan kedua Rabu depan memandangkan rekod di Allianz Arena berpihak kepada Bayern. Bayern juga belum dikalahkan di tempat sendiri seperti Barcelona dalam saingan UCL sepanjang musim ini.

Mia San Mia

5/06/2015 10:14:00 PM

Prebiu Barcelona lwn Bayern Munich: Tujuh Sebab Mengapa Wajib Menyaksikan Pertembungan Dua Gergasi Ini

6 Mei 2015
 
1. Pep Guardiola. (Tak habis-habis dengan Guardiola)

Setelah pernah berada di puncak kegemilangan Barcelona, ini kali pertama Pep Guardiola akan kembali ke Camp Nou. Barcelona tidak pernah mengalahkan Bayern dalam perlawanan yang kompetitif tanpa bantuan Pep sama ada sebagai pemain atau pengurus.

2. MSN dan Mulledowski

Trio Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar telah menghasilkan sebanyak 108 gol dan 49 assist dalam semua perlawanan musim ini. Sebelum bermulanya musim ini, ada tanda tanya sama ada ketiga-tiga mereka akan dapat bekerja bersama-sama. Sekarang tidak lagi. Keserasian Muller dan Lewandowski juga turut menyerlahkan bahagian serangan Bayern. Bayern telah menghasilkan 30 gol musim ini di Liga Juara-juara, 7 gol melebihi Barcelona.



3. Tekanan Kepada Bayern

Memenangi treble adalah satu-satunya pencapaian yang boleh memuaskan Bayern setelah Jupp Heynckes berjaya mencapainya pada musim 2012/13. Setelah tewas kepada Dortmund di Piala Jerman, Guardiola berada di bawah tekanan yang cukup kuat untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama sebagai bos Bayern. Sekurang-kurangnya double. Sudah pasti setiap pemain akan bersemangat tinggi untuk membuktikan kehebatan Juara Jerman ini.


4. Tahun Terakhir Xavi?

Salah seorang playmaker terbaik, yang muncul dari skuad remaja Barcelona, Xavi telah memenangi sejumlah 25 kejuaraan sepanjang kariernya. Walau bagaimanapun, ketibaan Ivan Rakitic dan kemunculan lebih ramai pemain-pemain muda seperti Sergi Roberto, Xavi yang kini berusia 35 tahun akan tamat kontrak pada akhir musim ini. Sememangnya dia berhasrat untuk menamatkan kariernya dengan pingat Liga Juara-Juara keempat .


5. Adakah Luis Enrique Seperti Pep ?

Mencari pengganti Guardiola sebagai pengurus Barcelona telah terbukti menjadi satu tugas yang sukar sehinggalah mereka mengupah bekas pemain Luis Enrique awal musim ni. Barcelona seolah-olah bertukar kembali kepada Barcelona yang asal seperti di bawah kendalian Pep dulu. Enrique juga berimpian menang treble di tahun pertamanya menjadi ketua jurulatih Barcelona. Saya yakin, Pep yang asli mampu memusnahkan impian tersebut.


6. Persaingan Possession


Kedua-dua pasukan pakar menjaga bola. Sudah tentu menarik untuk melihat pasukan mana yang bakal menguasai possession bola. Mungkin kedua-dua pengurus akan mencuba falsafah lain? Sekiranya Bayern mampu mengulangi taktik sama seperti 2013 dengan memenangi banyak tackle dan melakukan serangan counter, saya percaya keputusan akan memihak kepada FC Bayern.


7. Aksi Tepi Padang

Kedua-dua pengurus kebiasaannya akan turut teruja dan menunjukkan aksi bagaikan mereka sendiri ikut serta bermain bersama anak-anak buah mereka. Menonton mereka menjerit, berteriak, melambai-lambai dan kadang kala seolah-olah hilang kewarasan akan menghiburkan kita sebagai penonton di kaca TV.


5 Sebab Bayern Boleh Mengatasi Barcelona



Aksi Pep Tepi Padang

5/06/2015 05:16:00 AM

Juventus Menewaskan Real Madrid , 2-1

6 Mei 2015

Juventus adalah satu nama yang gah dalam bola sepak Eropah, tetapi dalam senarai empat pasukan terakhir Liga Juara-Juara musim ini, Old Lady Itali itu adalah yang paling kurang digeruni. Namun, perlawanan awal pagi tadi membuktikan kelainan.  

Untuk mengekalkan harapan untuk mengangkat trofi kejuaraan Eropah buat kali ketiga, gergasi Serie A itu sangat memerlukan kemenangan untuk perlawanan di tempat sendiri tadi.

Carlos Tevez meraikan sepakan penalti pada separuh masa kedua. (Stefano Rellandini / Reuters)


Misi tercapai: 2-1.
Alvaro Morata menjaringkan gol pertama Juventus di minit ke-8. Ronaldo berjaya menyudahkan hantaran James Rodriguez untuk menyamakan kedudukan di minit ke-27. Sepakan penalti Carlos Tevez pada awal babak kedua memecahkan kebuntuan 1-1 dan mereka bertahan di lewat permainan untuk menundukkan serangan Real Madrid.

Terima kasih kepada gol Cristano Ronaldo, kelab Sepanyol itu membawa pulang gol penting ke Bernabeu untuk perlawanan kedua Khamis depan.

Awal pagi esok akan menyaksikan Bayern berentap di Camp Nou bertemu Barcelona. Saksikannya langsung di Astro 816/ 834 HD pada pukul 2:45 pagi.

Apa kata jurulatih Jerman Joachim Low mengenai perlawanan esok? Sila baca di sini.

5/06/2015 02:09:00 AM

Joachim Low: "Sudah tentu Bayern mempunyai peluang menentang Barcelona"

 6 Mei 2015

Joachim Low telah memberi kata-kata semangat kepada FC Bayern menjelang separuh akhir di Nou Camp. Pengurus pasukan kebangsaan Jerman itu mempunyai kepercayaan bahawa FC Bayern mampu mara ke perlawanan akhir, walaupun dilanda masalah kecederaan semasa. 


 "Sudah tentu Bayern mempunyai peluang menentang Barcelona", kata Low yang sudah berusia 55 tahun kepada Bild-Zeitung, kerana mereka mempunyai "kelebihan bermain di tempat sendiri pada perlawanan kedua."Beliau menyambung: "Walaupun Barcelona berada dalam prestasi terbaik pada masa ini, Bayern masih mempunyai kualiti yang cukup dalam barisan mereka, walaupun dibelenggu kecederaan, untuk menandingi Barca.

Mereka mempunyai sekurang-kurangnya enam pemenang Piala Dunia yang ada." Mario Götze, yang menjaringkan gol kemenangan Jerman pada perlawanan akhir di Brazil, walaupun dikritik secara terbuka baru-baru ini, juga kekal penting kepada pasukan.


Low tidak sabar untuk menyaksikan aksi kedua-dua pasukan dan menyifatkannya "dua pasukan bola sepak yang hebat." Pengurus Jerman itu meragui mengenai pengalaman pengurus Bayern Pep Guardiola di bekas kelabnya itu akan mempunyai apa-apa kelebihan untuk Bayern.  

"Ia akan menjadi satu permainan yang sangat emosi baginya. Dia bermain di Barcelona dan mencapai kejayaan luar biasa di sana sebagai pengurus. Sama ada dia boleh atau tidak menggunakannya untuk kelebihan beliau? Saya tidak fikir begitu."

Baca selanjutnya:  http://www.dfb.de/en/news/detail/loew-of-course-bayern-have-a-chance-against-barcelona-122256/

5/05/2015 07:52:00 PM

Kereta Mewah Pemain-pemain FC Bayern Munich

5 Mei 2015

FC Bayern telah menandatangani perjanjian rasmi dengan Audi pada tahun lepas, syarikat gergasi pembuat kereta itu akan menjadi rakan kongsi mereka. Oleh itu, pemain-pemain Bayern dan jurulatih akan menggunakan kereta-kereta keluaran Audi mengikut pilihan mereka sendiri!

Enam pemain termasuk Mario Götze, Arjen Robben dan Bastian Schweinsteiger memilih Audi Q7 TDI.

Audi Q7 TDI


Thiago Alcántara dan Thomas Muller memilih  RS5 yang lebih sporty, manakala jurulatih Bayern Pep Guardiola memilih Audi S8.

Audi RS5


Audi S8


Manuel Neuer pula berminat dengan kereta yang lebih besar, Audi RS6 Avant.


Audi RS6

Kapten Philipp Lahm pula lebih menyukai Audi A6 3.0 TFSI.

Audi A6






Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates