3 Mei 2015
Javi Martínez menghabiskan 262 hari untuk sembuh sepenuhnya dari kecederaan dan pemain pertahanan itu akhirnya membuat kemunculan semula dalam pertemuan menentangLeverkusen. Dia diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama. Martinez bermain selama 62 minit dan dikeluarkan selepas memaparkan aksi yang mantap.
Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu beraksi adalah pada lapan bulan dan setengah yang lalu pada 13 Ogos 2014 untuk perlawanan Piala Super di Dortmund. Ligamen cruciate nya terkoyak.
"Jelas sekali saya gembira. Sudah tiba masanya saya mula menikmati bola sepak saya sekali lagi,", kata Martínez selepas berakhirnya perlawanan semalam.
No comments:
Post a Comment