Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/06/2015 10:14:00 PM

Prebiu Barcelona lwn Bayern Munich: Tujuh Sebab Mengapa Wajib Menyaksikan Pertembungan Dua Gergasi Ini

6 Mei 2015
 
1. Pep Guardiola. (Tak habis-habis dengan Guardiola)

Setelah pernah berada di puncak kegemilangan Barcelona, ini kali pertama Pep Guardiola akan kembali ke Camp Nou. Barcelona tidak pernah mengalahkan Bayern dalam perlawanan yang kompetitif tanpa bantuan Pep sama ada sebagai pemain atau pengurus.

2. MSN dan Mulledowski

Trio Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar telah menghasilkan sebanyak 108 gol dan 49 assist dalam semua perlawanan musim ini. Sebelum bermulanya musim ini, ada tanda tanya sama ada ketiga-tiga mereka akan dapat bekerja bersama-sama. Sekarang tidak lagi. Keserasian Muller dan Lewandowski juga turut menyerlahkan bahagian serangan Bayern. Bayern telah menghasilkan 30 gol musim ini di Liga Juara-juara, 7 gol melebihi Barcelona.



3. Tekanan Kepada Bayern

Memenangi treble adalah satu-satunya pencapaian yang boleh memuaskan Bayern setelah Jupp Heynckes berjaya mencapainya pada musim 2012/13. Setelah tewas kepada Dortmund di Piala Jerman, Guardiola berada di bawah tekanan yang cukup kuat untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama sebagai bos Bayern. Sekurang-kurangnya double. Sudah pasti setiap pemain akan bersemangat tinggi untuk membuktikan kehebatan Juara Jerman ini.


4. Tahun Terakhir Xavi?

Salah seorang playmaker terbaik, yang muncul dari skuad remaja Barcelona, Xavi telah memenangi sejumlah 25 kejuaraan sepanjang kariernya. Walau bagaimanapun, ketibaan Ivan Rakitic dan kemunculan lebih ramai pemain-pemain muda seperti Sergi Roberto, Xavi yang kini berusia 35 tahun akan tamat kontrak pada akhir musim ini. Sememangnya dia berhasrat untuk menamatkan kariernya dengan pingat Liga Juara-Juara keempat .


5. Adakah Luis Enrique Seperti Pep ?

Mencari pengganti Guardiola sebagai pengurus Barcelona telah terbukti menjadi satu tugas yang sukar sehinggalah mereka mengupah bekas pemain Luis Enrique awal musim ni. Barcelona seolah-olah bertukar kembali kepada Barcelona yang asal seperti di bawah kendalian Pep dulu. Enrique juga berimpian menang treble di tahun pertamanya menjadi ketua jurulatih Barcelona. Saya yakin, Pep yang asli mampu memusnahkan impian tersebut.


6. Persaingan Possession


Kedua-dua pasukan pakar menjaga bola. Sudah tentu menarik untuk melihat pasukan mana yang bakal menguasai possession bola. Mungkin kedua-dua pengurus akan mencuba falsafah lain? Sekiranya Bayern mampu mengulangi taktik sama seperti 2013 dengan memenangi banyak tackle dan melakukan serangan counter, saya percaya keputusan akan memihak kepada FC Bayern.


7. Aksi Tepi Padang

Kedua-dua pengurus kebiasaannya akan turut teruja dan menunjukkan aksi bagaikan mereka sendiri ikut serta bermain bersama anak-anak buah mereka. Menonton mereka menjerit, berteriak, melambai-lambai dan kadang kala seolah-olah hilang kewarasan akan menghiburkan kita sebagai penonton di kaca TV.


5 Sebab Bayern Boleh Mengatasi Barcelona



Aksi Pep Tepi Padang

No comments:

Post a Comment

Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates