Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/08/2015 06:15:00 PM

Cerita di Sebalik Gambar Muller Bertengkar Seketika Dengan Guardiola



8 Mei 2015




Banyak persoalan timbul di fikiran penyokong-penyokong Bayern hanya dengan kemunculan gambar seperti ini. Apa tidaknya, pemain kesukaan ramai Thomas Muller kelihatan bertengkar dengan ketua jurulatih Pep Guardiola yang sudah merangkul 5 trofi dalam masa dua tahun. Apa yang terjadi sebenarnya? Sudah tentu kita mampu menekanya.

Kita imbas kembali apa yang terjadi di saat itu pada malam yang sungguh mengecewakan.

Taktik Bayern walaupun berisiko tapi nampak berkesan sehingga mampu menyekat serangan trio hebat Barca MSN (Messi, Suarez & Neymar) dalam tempoh hampir 80 minit. Namun, Messi akhirnya menggunakan peluang yang terhidang dengan sebaik-baiknya akibat kecuaian Juan Bernat melepaskan bola di kawasan bahaya.

Selepas gol pertama Barcelona di minit 77, Pep mengambil keputusan untuk menggantikan Muller dengan Gotze dengan harapan Bayern akan memperolehi sentuhan penting daripada hero Piala Dunia ini. Sebaliknya, gol ke-2 bolos seminit kemudian.

Pada pandangan saya, Thomas Muller adalah pemain yang bersungguh-sungguh dalam perlawanan tersebut. Dialah yang menghidupkan serangan Bayern dengan melakukan hantaran berbahaya ke kawasan Barcelona untuk disudahkan. 

Guardiola adalah jurulatih hebat tetapi beberapa keputusannya kadang-kadang di luar jangkaan, terutamanya kejadian ini. Thomas Muller merupakan pemain yang mampu menjaringkan gol dalam minit-minit terakhir.

Mario Götze memang  seorang pemain yang berbakat besar tetapi bukan jenis yang berjuang sehingga titisan yang terakhir. Ramai seperti kita penyokong-penyokong sukar memahami keputusan Guardiaola iniBayern mahu Pep melanjutkan kontraknya tetapi ia adalah sukar kerana dia tidak suka dikritik berlebihan.

Disebabkan kecewa kerana usahanya tidak dihargai oleh Pep dengan mengeluarkannya, dia bertengkar seketika dengan jurulatih tersebut sebelum duduk di bangku simpanan. 

Menurut laman berita Jerman Bild, seorang pembaca bibir pekak, Julia Probst telah menterjemahkan kata-kata Muller seperti berikut:

"Kann diese Scheiße aufhören?"
Can this shit stop?


Jadi Muller tidak puas hati dengan apa? Mungkinkah dia rindu dengan taktik Bayern sebelum ini yang lebih mengutamakan serangan demi serangan berbanding possession? Atau kecewa dengan prestasinya pada malam itu? Kecewa kerana dia dikeluarkan sedangkan dia boleh memberi sumbangan lagi? Mungkin semuanya?

Walau bagaimanapun, Thomas Muller tidak boleh menyalahkan sesiapa. Bayern sudah diketahui dibelenggu kecederaan. Bayern ketiadaan pemain-pemain sayap sejak kehilangan Ribery dan Robben. Shaqiri pun sudah meninggalkan kelab. Alaba yang selalu melakukan hantaran merbahaya ke kotak penalti lawan juga sangat dirasai kehilangannya. Jadi kita tidak boleh mengharap serangan Bayern akan menjadi mantap dan sempurna. 

Malam tu, Bayern hanya memiliki 13 pemain yang boleh bermain dalam perlawanan bertahap tinggi itu. Mereka telah bermain selang 3 hari sejak dua minggu yang lepas untuk saingan Bundesliga dan Piala Jerman. Sudah tentu memenatkan. Jadi Pep kekurangan pilihan.

Mengapa begitu ramai pemain cedera? Adakah ia mempunyai kaitan dengan doktor? Atau adakah ia berpunca dari latihan? Pihak pengurusan Bayern pasti akan melakukan penelitian terhadap isu ini dengan segera.

Saya anggap hubungan Pep dan Muller seperti carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Biasalah kekecewaan dan tekanan akan menguasai fikiran dengan kekalahan Bayern tiga kali berturut-turut. Kekalahan ini telah mengajar saya untuk bersabar. Rakan-rakan saya ramai yang mempersendakan Bayern dengan kekalahan ini. :)

Kita sebagai penyokong harus bersedia untuk terus menyokong pasukan kita. Saksikan perlawanan kedua awal pagi Rabu depan.

Separuh Akhir Kedua
FC Bayern Munich lwn Barcelona
Rabu, 13 Mei, 2:45 PG
Allianz Arena



Langsung di Astro 816/834 HD

Mia San Mia





No comments:

Post a Comment

Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates