Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/05/2015 04:11:00 AM

Reaksi Pemain-Pemain Bayern Sebelum Perlawanan Menentang Barcelona

 5 Mei 2015

Jerome Boateng memberi amaran kepada rakan sepasukannya mengenai kualiti yang bakal mereka hadapi di Camp Nou. Dia menyifatkan ancaman serangan Barcelona sebagai "ribut yang luar biasa" menjelang pertembungan UEFA Champions League minggu ini.

"Bukan saja kami di bahagian pertahanan, pasukan ini perlu mempertahankan dengan seluruh pasukan ketika menentang Barcelona. Kami benar-benar mahu mara ke perlawanan akhir. Tetapi tidak kira keputusannya nanti, kami tidak akan bercakap mengenai musim yang mengecewakan."


Martínez pula menyifatkan pertembungan itu sebagai "lima puluh lima puluh". "Mereka salah satu pasukan terbaik di dunia, dan mereka kini dalam keadaan yang terbaik musim ini," Javi berkata, mengenai kemenangan Bayern 3-0 di Nou Camp dua tahun lalu "Kami memenangi banyak tackle," katanya. Mungkin sekali lagi ia boleh menjadi faktor utama Khamis ini.

Martínez telah kembali dari kecederaan tepat pada masanya, walaupun sama ada dia bermain atau tidak, ia terpulang kepada Pep Guardiola: "Kami mempunyai hati yang besar dan sasaran. Matlamat kami adalah untuk melakukannya dengan segenap jiwa, impian dan fikiran kami. Kami akan berjuang sehabis baik, " isytihar pemain Sepanyol itu.

 Medhi Benatia pula bercakap mengenai trio MSN  "Secara peribadi, saya menghormati mereka tetapi saya tidak akan menunjukkan rasa hormat terhadap mereka dalam tempoh 90 minit di atas padang."

"Kami akan melakukan segala-galanya dengan kemampuan untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

"Perlawanan pertama ini akan menjadi permainan yang hebat. Kami berkemampuan mendapatkan keputusan yang baik di Camp Nou dan percaya kepada diri sendiri."

 Thomas Muller pula yakin bahawa Pep Guardiola akan menyediakan Bayern Munich dengan resipi yang sempurna untuk menewaskan Barcelona.

 "Kami sudah tahu bahawa Barcelona adalah salah satu pasukan terbaik di dunia," katanya kepada laman web rasmi Bayern. "Mereka telah menyingkirkan dua pasukan besar dalam Liga Juara-Juara.

"Tetapi saya optimis dan yakin dengan pasukan. Kami mahu menang di sana."

"Kami tahu potensi mereka. Mereka mempunyai skuad yang sangat bagus. Dengan adanya Messi membuatkan bahagian pertahanan tidak selesa."

"Tetapi kami juga sudah bersedia. Jurulatih kami tahu lebih baik tentang Barcelona berbanding sesiapa pun."

"Dia akan menyerahkan resipi di tangan kami; tinggal kami sebagai pemain untuk menggunakannya."

No comments:

Post a Comment

Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates