3 Mei 2015
Bayern Munich memang sudah dikalahkan oleh Bayer Leverkusen, tetapi Pep Guardiola dengan pantas memuji aksi bintang-bintang muda.
Pep Guardiola memuji prestasi pemain-pemain muda Bayern Munich , walaupun juara Bundesliga itu tewas 2-0 di Bayer Leverkusen.
Kejayaan Bayern mempertahankan kejuaraan disahkan selepas kekalahan Wolfsburg kepada Borussia Monchengladbach hujung minggu lalu Ianya membolehkan Guardiola memberi peluang kepada pemain seperti Mitchell Weiser, Rico Strieder dan Gianluca Gaudino.
Leverkusen mengambil peluang melalui dua gol di babak kedua dihasilkan oleh Hakan Calhanoglu dan Julian Brandt. Tetapi Guardiola gembira dengan apa yang dilihatnya dari pasukannya.
No comments:
Post a Comment