5 Mei 2015
Alexis Sanchez menjaringkan dua gol Arsenal dan memastikan mereka berada dalam kalangan 4 pasukan terbaik Liga Perdana English buat 18 kali berturut-turut dengan kemenangan 3-1 ke atas Hull awal pagi tadi.
Pasukan Arsene Wenger menghasilkan tiga gol separuh masa pertama melalui Sanchez dan Aaron Ramsey sebelum Stephen Quinn merapatkan jurang untuk Hull selepas rehat.
Kemenangan itu meletakkan Arsenal ditempat ke-3 dengan sembilan mata di hadapan Liverpool di tempat ke-5 yang hanya mempunyai baki 3 perlawanan dan perbezaan gol yang jauh lebih rendah daripada Gunners, secara tidak langsung menjamin Arsenal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
No comments:
Post a Comment