4 Mei 2015
Jendela perpindahan makan dibuka dua bulan lagi, dan Ilkay
Gundogan mungkin bukan satu-satunya pemain tengah yang diburu Bayern Munich.
Satu sumber memberitahu akhbar Albania Telegrafi, Bayern telah mencapai
persetujuan dengan pemain tengah Borussia Mönchengladbach Granit Xhaka.
"Granit
telah mencapai persetujuan pada dasarnya dengan Bayern dan dijangka tiba ke
Allianz Arena musim panas ini," kata sumber itu kepada Telegrafi.
"Saya tidak boleh memberi maklumat lanjut mengenainya tetapi perpindahan
itu hanya boleh gagal jika kedua-dua kelab tidak bersetuju."
Sumber itu
seterusnya berkata pemain kebangsaan Switzerland itu mahu berpindah ke Munich,
dan berharap Mönchengladbach membenarkan beliau untuk melengkapkan proses
perpindahan. Altético Madrid juga dilaporkan berminat untuk pemain tengah muda
itu, tetapi Xhaka dan pengarah sukan Max Eberl menafikan Xhaka berminat untuk
berhijrah ke sana.
Pemain berusia 22
tahun itu menandatangani lanjutan kontrak awal musim ini yang akan mengikat dia
dengan Mönchengladbach sehingga 2019. Walau bagaimanapun, Bild melaporkan pada
Mac lepas yang kontrak itu mempunyai klausa pembelian €30 juta , nilai
yang mampu dicapai oleh Bayern.
Xhaka adalah
pemain penting dalam peningkatan Mönchengladbach di Bundesliga, dan kini antara
pemain tengah terbaik di Jerman. Beliau adalah sebahagian daripada generasi
emas di Switzerland, melonjak naik bersama bekas pemain sayap Bayern Xherdan
Shaqiri di akademi Basel. Beliau dipindahkan ke Mönchengladbach pada tahun 2012
untuk €8.5 juta , dan menjadi pemain tetap walaupun baru berusia 20 tahun..
Walaupun Bayern memiliki lambakan pemain tengah, beberapa pemain veteran mengalami isu-isu
kecergasan. Sama ada Xhaka boleh menggantikan mereka atau tidak, dia tetap
seorang pemain yang mungkin boleh memberi kesan kepada Bayern.
No comments:
Post a Comment