Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/11/2015 08:03:00 PM

Prebiu: FC Bayern Munich lwn Barcelona. Bolehkah Bayern Bangkit Dengan Perlawanan Abad Ini?

Selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Augsburg pada hari Sabtu, Bayern Munich mesti "bertenang" menjelang perlawanan menentang Barcelona, ​​kata Pep Guardiola. Beliau percaya keletihan dari kekalahan Khamis lepas adalah sebab utama persembahan tidak bermaya Bayern menentang Augsburg.

"Oleh kerana kecederaan, kita tidak mempunyai ramai pemain untuk bermain di bahagian sayap, jadi full-backs kami harus menyerang, dengan ini membuka ruang untuk risiko serangan counterPada masa ini, tanpa pemain seperti [Arjen] Robben dan [Franck] Ribery, maka full-backs menggantikan peranan mereka, dan Augsburg mendapat gol kerana itu."

Thomas Muller: "Selagi pengadil belum meniup wisel penamat, kami masih ada peluang."


Ketua eksekutif Bayern Rummenigge berharap kelabnya boleh mencapai apa yang dianggapnya satu tugas yang mustahil di Allianz Arena Rabu ini.

"Ia akan menjadi sangat sukar," kata beliau. "Barcelona adalah pasukan pilihan dan selepas permainan minggu lepas status itu meningkat. Tetapi masih, ia adalah tanggungjawab Bayern Munich untuk memberikan persembahan terbaik mereka nanti. Kita akan lihat jika ia cukup. Peluang kami adalah sangat, sangat tipis, tetapi dalam bola sepak sentiasa ada satu perlawanan yang akan menjadi perlawanan terbaik sepanjang abad itu. Ia jarang berlaku, sekurang-kurangnya kita mencuba."

Xabi Alonso pernah menjadi saksi keajaiban ini. Ia berlaku dalam perlawanan akhir UCL 2004/05 di Istanbul. Dia telah menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya ketika itu, Liverpool yang ketinggalan 3-0 kepada AC Milan di separuh masa pertama. Alonso akhirnya memenangi perlawanan itu dengan penentuan sepakan penalti.

Walaupun ia  kejayaan pasukan lain, Bayern diharap mampu mengulangi kejayaan 2013 dengan menewaskan Barcelona 4-0 di Allianz Arena. Tetapi dengan kehadiran Messi, Suarez dan Neymar ia akan bertambah sukar. Bayern kali ini memerlukan 4-0 atau sekurang-kurangnya 5-1 untuk mara ke perlawanan akhir di Berlin pada 6 Jun nanti.

Barcelona kini mencari kemenangan pertama mereka di Munich, di mana Bayern memenangi semua lima perlawanan di Allianz Arena sepanjang musim ini. Bayern telah mengalami sedikit kesukaran dalam perlawanan pertama Round of 16 dan suku akhir dengan seri 0-0 di Shaktar Donetsk dan kalah 3-1 di Porto namun bangkit dalam perlawanan kedua dengan kemenangan 7-0 dan 6-1.

Saya sentiasa berfikiran positif untuk perlawanan ini dan mengharapkan kemenangan 4-0 Bayern ke atas Barcelona.

Mia San Mia

1 comment:

luppi said...

Mmg sukar nk dptkan 4 gol tanpa berbalas menentang pasukan spt Barcelona. Tak layak ke final pn takpe yg penting kena menang game 2nd leg. Jgnlah kalah dua2 game mcm lwn Real thn lepas.

Post a Comment

Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates