4 Mei 2015
"Ia akan ditentukan oleh doktor, pemain itu sendiri sama ada dia boleh bermain dengan memakai topeng," Sammer memberitahu penyiar Jerman ZDF.
"Satu perkara yang ketara. Tiada pemain di dunia yang sampai begitu penting, sehinggakan anda sanggup membahayakan kesihatannya."
Lewandowski memberi isyarat yang dia mahu bermain di Nou Camp - Instagram |
Lewandowski berusia 26 tahun, penjaring terbanyak Bayern musim ini dengan 23 gol, beliau telah direhatkan dari perlawanan kekalahan 2-0 di Bayer Leverkusen pada hari Sabtu lepas untuk persediaan perlawanan di Nou Camp.
Lewandowski patah hidung, tulang pipi dan mengalami gegaran di bahagian kepala yang dialami semasa pertembungan dengan penjaga gol Mitchell Langerak di penghujung perlawanan separuh akhir Piala Jerman di Munich Selasa lepas.
Ejen Lewandowski, Cezary Kucharski berkata beliau akan menasihati anak buahnya itu jika dia tidak 100 peratus pasti tentang bermain dengan topeng pelindung.
"Saya akan memberi nasihat terhadap Lewandowski sebelum bermain menentang Barcelona jika terdapat risiko," Kucharski kepada Euro Sport.
Sammer diberi sedikit harapan bahawa pemain sayap Perancis Franck Ribery akan cergas untuk perlawanan Camp Nou manakala pemain sayap Belanda, Arjen Robben akan terlepas baki musim ini dengan betis kiri koyak.
"Sejujurnya, Ribery sedikit payah untuk membuat penampilan semula [dalam masa terdekat]," kata Sammer berkenaan Ribery, yang tidak bermain sejak 11 Mac dengan kecederaan buku lali.
AFP
Baca selanjutnya: http://www.3news.co.nz/sport/lewandowski-to-decide-champions-league-fate-2015050408#ixzz3Z7Ejl73Q
No comments:
Post a Comment