4 Mei 2015
1. Pep Guardiola
Pep bermain bersama Barca selama 11 tahun dan dilantik sebagai pengurusnya selama 4 musim. Sepanjang tempoh ini, Bayern dan Barca telah bertemu sebanyak 8 kali dalam pertandingan kompetitif. Barca hanya mampu menang sekali dengan bantuan Pep sebagai pengurus mereka dalam saingan suku akhir UCL 2008/09 di Camp Nou. Manakala Bayern menang 5 dan 2 seri. Kali pertama dan terakhir Bayern bertemu Barca di peringkat separuh akhir adalah pada musim 2012/13 dan anda tentu masih ingat keputusannya. Pengalaman yang banyak di Camp Nou dan keserasian Pep dengan pemain-pemain Barca sudah tentu akan memberi perasaan gemuruh kepada Barca.
Musim ini, Bayern memiliki antara pertahanan terbaik. Gandingan Boateng dan Benatia nyata membuktikan kehebatan Bayern. Bayern hanya dibolosi sebanyak 8 kali bermakna 0.8 gol setiap perlawanan. Lahm mungkin akan dikembalikan ke posisi asalnya di pertahanan RB dengan kembalinya Martinez. Bernat mungkin akan terus bermain sebagai LB dan prestasinya kebelakangan ini banyak membantu di bahagian serangan. Manuel Neuer juga banyak kali menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan beliau adalah pemain yang boleh bermain dengan baik walaupun dibawah tekanan.
Rekod persembahan Bayern musim ini di hadapan ribuan penyokong sendiri sangat melegakan saya. Bayern tidak pernah dibolosi di peringkat kumpulan dan Round of 16. Neuer hanya dibolosi sekali ketika melayan kunjungan Porto dan Bayern menang aggregate 7-4. Jika Bayern kecundang di Camp Nou, Bayern masih ada kelebihan untuk bangkit semula di Allianz Arena. Kali terakhir Barca berkunjung ke Munich adalah ketika perlawanan pra-musim 2013/14, Bayern menang 2-0. Beberapa bulan sebelum itu, Bayern juga berjaya menumpaskan Barca 4-0 di tempat yang sama.
4. Keserasian Pemain
Sebagai peminat Bayern, sudah pasti anda perasan akan keserasian Bayern yang mantap di atas padang. Kedua-dua pasukan pakar dalam menjaga possession tetapi Bayern lebih daripada itu. Bayern boleh bermain dalam pelbagai formasi dan melakukan pertukaran posisi di atas padang. Tambahan pula, gol bukan saja datang dari penyerang Bayern, malahan setiap pemain ada peluang untuk menjaringkan gol. Boateng sudah menjaringkan 3 gol dan Alonso pakar dalam sepakan percuma. Muller dan Lewandowski masing-masing menjaringkan 6 dan 5 gol. Mereka semua bermain sebagai satu pasukan.
Bayern telah menjaringkan 30 gol berbanding Barcelona dengan 23 gol. Barisan serangan Bayern telah menghasilkan 182 cubaan manakala Barca 155. Peluang juga telah dicipta melalui 61 sepakan sudut oleh Bayern dengan mengatasi Barca dengan perbezaan 8 sepakan. Kedua-dua pasukan memiliki peratusan possession yang setara dan jumlah passing yang hampir sama walaupun Barca mempunya sedikit kelebihan.
Sebagai kesimpulan, saya yakin Bayern boleh mengatasi Barca dengan keputusan berikut:
Barcelona 2-2 FC Bayern (seri)
FC Bayern 3-0 Barcelona (menang)
Kongsikan pendapat anda atau ramalan di ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment