Pemain Terbaik Bulan Februari

Trending :

5/10/2015 03:53:00 AM

Bayern Kalah, Dortmund & Gladbach Menghidupkan Harapan ke Eropah


Bayern Munich mengalami kekalahan 1-0 yang tidak dijangka di tempat sendiri kepada Augsburg semalam.


Raul Bobadilla menjaringkan gol tunggal perlawanan dan Augsburg memanfaatkan kelebihan mereka memiliki pemain ekstra sejak minit ke-15, apabila Pepe Reina dibuang padang.

Pasukan kendalian Markus Weinzierl itu juga terlepas penalti, tetapi pulang dari Allianz Arena dengan tiga mata. Augsburg melonjak ke tempat kelima dalam carta Bundesliga dengan berbaki dua perlawanan musim ini lantas menghidupkan harapan Liga Europa mereka.

Kali terakhir Bayern kalah 4 kali berturut-turut adalah pada Oktober 1991. Kita sangat-sangat mengharap kemenangan Bayern di Allianz Arena Rabu ini untuk mengelakkan kekalahan ke-5 bagi mengelak dari mengulangi rekod sama pada tahun 1977. Bayern juga gagal menjaringkan gol dalam 360 minit terakhir, kemarau gol paling lama dalam tempoh 17 tahun.







Bayern kini akan menumpukan segala usaha mereka cuba untuk mengubah defisit tiga gol menentang Barcelona pada perlawanan kedua Liga Juara separuh akhir pada Rabu nanti. Bayern memerlukan kemenangan 4-0 atau sekurang-kurang 5-1.

Borussia Dortmund terus memburu tempat dalam Liga Europa terima kasih kepada kemenangan 2-0 ke atas Hertha Berlin.

Borussia Monchengladbach boleh mula merancang untuk Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan pesaing tempatan Bayer Leverkusen 3-0 untuk mengukuhkan tempat mereka dalam kalangan tiga terbaik liga.

No comments:

Post a Comment

Distributed By My Blogger Themes | Designed By Seo Blogger Templates